LIGHTNING BROWSER : Baca Ulasan Pelayar Laman Web Yang Sepantas Kilat!

11:39 PTG minute read

LIGHTNINGBROWSER

Pelayar web android yang perlu ada bagi seorang power user bagi penggunaan Internet laman web yang pantas.


Lightning Browser merupakan satu pelayar laman web Android yang dicipta oleh Anthony Restaino pada masa lapang beliau . Beliau lebih mengutamakan prestasi berbanding fungsi yang berlebiha, dan yang paling penting adalah ianya perisian sumber terbuka.


"Full-screen, check. Inverted Rendering, check. All the search engines you want, check. Search Suggestions, Bookmarks, History, User Agents, Reading Mode"


Kelebihan yang telah diutamakan sendiri oleh pencipta adalah:
  • Rekabentuk
  • Kelajuan
  • Privasi
  • Feature
  • Sumber Terbuka
  • Percuma!


    Selain daripada mengutamakan prestasi , pelayar laman web ini juga menumpukan terhadap minimalisma dari segi reka bentuk antaramuka pengguna. Tidak terdapat banyak butang yang mengelirukan, dan lebih kepada antaramuka pengguna yang intuitif bagi pengguna jangka masa panjang. Pencipta aplikasi ini juga memastikan ia patuh terhadap aturcara rekabentuk yang telah ditetapkan oleh Google.


Tanpa menulis lebih panjang, mari kita lihat kekuatan bagi pelayar laman web Lightning Browser


Paparan utama Lightning Browser, sangat minimalistik. Muka hadapan diletakkan enjin pencarian untuk mengelakkan kekosongan pada bahagian tengah.
Di bahagian atas kanan terdapat butang menu yang boleh diseret.





Di bahagian atas kiri pula terdapat butang untuk membuka senarai Tab yang terbuka.





Seterusnya, senarai Tab yang terbuka boleh dicapai dengan menyentuh butang pada bahagian atas kiri atau menyeret jari dari kiri dan secara automatik senarai ini ditarik ketengah.




   Lightning Web Browser- screenshot
Manakala apabila anda cuba untuk menyeret dari kanan pula, fungsi yang paling penting atau dealbreaker bagi sesetengah orang adalah fungsi senarai Bookmark yang mudah dicapai.





TP;TB
Terlalu Panjang;Tidak Baca

    Secara keseluruhan, aplikasi Lightning Browser terasa seperti satu aplikasi yang premium dan dibina dengan sangat baik walaupun dicipta oleh seorang sahaja(dibantu oleh komuniti github dan ulasan pengguna di Play Store). Ia sesuai digunakan untuk pelayar laman web harian anda, sangat laju dan ringan berbanding Chrome pada Android, malah saya mengesyorkan pembaca untuk menggunakan pelayar laman web ini untuk smartphone yang mempunyai RAM 1GB dan kebawah.

[Klik sini untuk memuat turun aplikasi Lightning Browser]

artikel versi 0.1

azmio

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.