Dua Browser Android yang terpantas dan tidak me**makan** banyak RAM!

Bukan semua orang mampu untuk mempunyai smartphone seperti Samsung Galaxy S5 atau Nexus 5 ataupun Xperia Z2, yang mana mempunyai ruangan RAM yang berlebihan hingga mencapai 3GB RAM. Sesetengah dari kita mLag. Saya pasti semua orang pernah mendengarnya. Kita tak dapat upgrade RAM pada smartphone tetapi apa yang kita boleh buat adalah memasang Apps yang mengelakkan diri kita daripada menghempas peranti Android kita ke atas lantai
ungkin cuma dihadiahkan tablet/smartphone Android yang mempunyai ruangan RAM yang paling besar pun 512MB, membuatkan menjalankan sesetengah Apps/Games atau melayari Internet menjadi satu perkara yang sangat susah kerana kekurangan RAM menjadikan peranti Android mengalami satu "masalah" iaitu

Tanpa membuang masa anda membaca artikel ini, saya perkenalkan dua App Browser(pelayar laman web) yang telah dicipta khas untuk peranti yang agak 'slow' dan mempunyai RAM yang rendah. Browser tersebut adalah Lightning Browser dan Naked Browser.

Kedua-dua browser ini mempunyai banyak ciri-ciri yang sama antaranya adalah saiz Download app yang sangat kecil ,tidak sampai 1 Megabyte(MB) pun jika dibandingkan dengan Chrome ,Dolphin atau Firefox yang mencecah hingga 20MB ke 30MB. Selain itu , kedua-dua app menawarkan penggunaan RAM/footprint yang sangat rendah berbanding Chrome,Dolphin atau Firefox , ini bermaksud dengan menggunakan browser ini anda boleh membuka lebih banyak tab pada satu masa. Terdapat banyak lagi feature lain seperti sekuriti,halang imej,sync bookmark dan lain-lain, saya sarankan anda sendiri mencubanya lagipun Apps-apps ini cuma beberapa ratus KB besarnya

Perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua browser ini adalah dari segi antara muka, saya lebih menyukai antara muka yang terdapat pada Lightning Browser kerana ianya lebih mudah difahami dan lebih cantik berbanding Naked Browser yang kelihatan seperti datang daripada zaman komputer DOS. Tapi untuk anda semua saya sarankan untuk mencuba kedua-dua terlebih dahulu untuk melihat browser yang lebih memenuhi citarasa anda

Kedua-dua browser ini terdapat di Playstore, cuma perlu Search! . Seperti yang telah saya nyatakan tadi saya lebih meminati Lightning Browser, tetapi adakah anda bersetuju dengan saya? Jangan lupa tinggalkan komen atau apa-apa cadangan. (:D)

Azmo Ramon

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.