Jadikan Android Anda Seperti Apple iOS(iPhone) : Bahagian 1

Tukarkan antaramuka Android anda menjadi ala iOS dengan aplikasi- aplikasi Android ini



Cuma aplikasi sahaja yang diperlukan untuk menukarkan paparan utama bagi peranti Android anda kepada tema iOS serta beberapa kefungsian iOS seperti:
  • Homescreen ala iOS
  • Notifikasi ala iOS
  • Dialer ala iOS
  • Contacts ala iOS





Pada bahagian Homescreen anda boleh menikmati fungsi yang juga terdapat pada iOS. Sebagai contoh , paparan folder ala iOS seperti dalam gambar.








Ikon juga berfungsi dalam memberi notifikasi untuk log panggilan dan penerimaan mesej. Aplikasi ini memaparkan keperincian dalam pembuatan aplikasi ini , sebagai contoh ikon Clock memaparkan masa sebenar ,bukan sekadar kosmetik. 
Dari segi kelancaran dan prestasi , aplikasi tidak menyebabkan penurunan prestasi yang jelas dalam penggunaan seharian. Aplikasi ini juga tidak mengandungi Iklan(Ads) yang boleh mengganggu prestasi peranti anda dan menggunakan data Internet yang banyak.


Bahagian 2 ... akan datang

LIGHTNING BROWSER : Baca Ulasan Pelayar Laman Web Yang Sepantas Kilat!

LIGHTNINGBROWSER

Pelayar web android yang perlu ada bagi seorang power user bagi penggunaan Internet laman web yang pantas.


Lightning Browser merupakan satu pelayar laman web Android yang dicipta oleh Anthony Restaino pada masa lapang beliau . Beliau lebih mengutamakan prestasi berbanding fungsi yang berlebiha, dan yang paling penting adalah ianya perisian sumber terbuka.


"Full-screen, check. Inverted Rendering, check. All the search engines you want, check. Search Suggestions, Bookmarks, History, User Agents, Reading Mode"


Kelebihan yang telah diutamakan sendiri oleh pencipta adalah:
  • Rekabentuk
  • Kelajuan
  • Privasi
  • Feature
  • Sumber Terbuka
  • Percuma!


    Selain daripada mengutamakan prestasi , pelayar laman web ini juga menumpukan terhadap minimalisma dari segi reka bentuk antaramuka pengguna. Tidak terdapat banyak butang yang mengelirukan, dan lebih kepada antaramuka pengguna yang intuitif bagi pengguna jangka masa panjang. Pencipta aplikasi ini juga memastikan ia patuh terhadap aturcara rekabentuk yang telah ditetapkan oleh Google.


Tanpa menulis lebih panjang, mari kita lihat kekuatan bagi pelayar laman web Lightning Browser


Paparan utama Lightning Browser, sangat minimalistik. Muka hadapan diletakkan enjin pencarian untuk mengelakkan kekosongan pada bahagian tengah.
Di bahagian atas kanan terdapat butang menu yang boleh diseret.





Di bahagian atas kiri pula terdapat butang untuk membuka senarai Tab yang terbuka.





Seterusnya, senarai Tab yang terbuka boleh dicapai dengan menyentuh butang pada bahagian atas kiri atau menyeret jari dari kiri dan secara automatik senarai ini ditarik ketengah.




   Lightning Web Browser- screenshot
Manakala apabila anda cuba untuk menyeret dari kanan pula, fungsi yang paling penting atau dealbreaker bagi sesetengah orang adalah fungsi senarai Bookmark yang mudah dicapai.





TP;TB
Terlalu Panjang;Tidak Baca

    Secara keseluruhan, aplikasi Lightning Browser terasa seperti satu aplikasi yang premium dan dibina dengan sangat baik walaupun dicipta oleh seorang sahaja(dibantu oleh komuniti github dan ulasan pengguna di Play Store). Ia sesuai digunakan untuk pelayar laman web harian anda, sangat laju dan ringan berbanding Chrome pada Android, malah saya mengesyorkan pembaca untuk menggunakan pelayar laman web ini untuk smartphone yang mempunyai RAM 1GB dan kebawah.

[Klik sini untuk memuat turun aplikasi Lightning Browser]

artikel versi 0.1

Dua Browser Android yang terpantas dan tidak me**makan** banyak RAM!

Bukan semua orang mampu untuk mempunyai smartphone seperti Samsung Galaxy S5 atau Nexus 5 ataupun Xperia Z2, yang mana mempunyai ruangan RAM yang berlebihan hingga mencapai 3GB RAM. Sesetengah dari kita mLag. Saya pasti semua orang pernah mendengarnya. Kita tak dapat upgrade RAM pada smartphone tetapi apa yang kita boleh buat adalah memasang Apps yang mengelakkan diri kita daripada menghempas peranti Android kita ke atas lantai
ungkin cuma dihadiahkan tablet/smartphone Android yang mempunyai ruangan RAM yang paling besar pun 512MB, membuatkan menjalankan sesetengah Apps/Games atau melayari Internet menjadi satu perkara yang sangat susah kerana kekurangan RAM menjadikan peranti Android mengalami satu "masalah" iaitu

Tanpa membuang masa anda membaca artikel ini, saya perkenalkan dua App Browser(pelayar laman web) yang telah dicipta khas untuk peranti yang agak 'slow' dan mempunyai RAM yang rendah. Browser tersebut adalah Lightning Browser dan Naked Browser.

Kedua-dua browser ini mempunyai banyak ciri-ciri yang sama antaranya adalah saiz Download app yang sangat kecil ,tidak sampai 1 Megabyte(MB) pun jika dibandingkan dengan Chrome ,Dolphin atau Firefox yang mencecah hingga 20MB ke 30MB. Selain itu , kedua-dua app menawarkan penggunaan RAM/footprint yang sangat rendah berbanding Chrome,Dolphin atau Firefox , ini bermaksud dengan menggunakan browser ini anda boleh membuka lebih banyak tab pada satu masa. Terdapat banyak lagi feature lain seperti sekuriti,halang imej,sync bookmark dan lain-lain, saya sarankan anda sendiri mencubanya lagipun Apps-apps ini cuma beberapa ratus KB besarnya

Perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua browser ini adalah dari segi antara muka, saya lebih menyukai antara muka yang terdapat pada Lightning Browser kerana ianya lebih mudah difahami dan lebih cantik berbanding Naked Browser yang kelihatan seperti datang daripada zaman komputer DOS. Tapi untuk anda semua saya sarankan untuk mencuba kedua-dua terlebih dahulu untuk melihat browser yang lebih memenuhi citarasa anda

Kedua-dua browser ini terdapat di Playstore, cuma perlu Search! . Seperti yang telah saya nyatakan tadi saya lebih meminati Lightning Browser, tetapi adakah anda bersetuju dengan saya? Jangan lupa tinggalkan komen atau apa-apa cadangan. (:D)